• logo pkpmi12

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
    Syukur kehadirat Illahi dengan limpah kurnianya blog PKPMI Cawangan Padang siap dibangun. Tujuan blog ini adalah sebagai wadah alternatif untuk memberi makluman dan juga infomasi kepada pelajar-pelajar Malaysia di Padang. Ini bagi memastikan pelajar-pelajar mendapatkan infomasi terkini mengenai persatuan dan juga hal-hal semasa. Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan atau kritikan yang boleh dibuat melalui kotak komen, Shoutbox atau boleh menghubungi kami secara langsung melalui e-mail, Facebook dan telefon. Sekian. Terima kasih dan selamat maju jaya.

Bandung Games 2010!!!

Posted by PKPMI Caw. Padang On 12:10 PTG 0 ulasan


Pada tanggal 8-10 Oktober 2010 yang lalu telah berlangsung Bandung Games 2010 yang bertempat di Universitas Pendidikan Indonesia (UPI). Acara yang julung-julung kali diadakan tersebut telah dirasmikan dan juga dilancarkan oleh Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.Beliau juga didampingi wakil Gubernur Bandung, Dede Jusuf dan Deputi Bidang Pemberdayaan Pemuda Alfitra Salamm yang mewakili Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora) Andi Mallarangeng. Acara pembukaan Bandung Games turut dimeriahkan oleh persembahan daripada pelajar-pelajar Malaysia, pelajar-pelajar tempatan dan juga penampilan daripada Yuna selaku Duta Bandung Games.

Acara ini telah disertai oleh hampir keseluruhan pelajar Malaysia yang menuntut di Indonesia. Kontijen-kontijen yang hadir pada acara tersebut adalah dari Medan, Padang, Pekan Baru, Palembang, Jogjakarta, Jakarta, Indramayu, Bandung, Bogor, Makassar, Bali, Malang, Surabaya dan juga Solo.Sebanyak 10 acara telah dipertandingkan iaitu permainan traditional yang terdiri daripada permainan congkak, batu seremban, teng-teng, sepak raga bulatan dan sepak raga tuju. Kemudian ada pertandingan sukan iaitu badminton, bola tampar, futsal, bola jaring, bola keranjang, dan bowling.

Padang telah menghantar seramai 11 orang pelajar sebagai wakil Kontijen Padang iaitu Mohd Ekhwan Darus, Ahmad Shukri Mohd Khalis, Min Wai Han,Yeap Chen Pan, Mohammad Asyraf, Zubaidah Begum, Nur Ain, Cherylina Grace, Marcella Dorainne, Kalai Chandini dan juga Leong Chew Wei. Kontijen Padang telah menyiapkan 3 buah pasukan untuk 3 permainan yang dipertandingkan iaitu badminton, congkak dan juga bowling.

Untuk pertandingan badminton kontijen Padang berjaya memasuki peringkat separuh akhir namun terpaksa tunduk kepada kontijen Jogjakarta dan dikalahkan kontijen Medan dalam perebutan pingat gangsa. Permainan congkak pula menyaksikan kontijen Padang berjaya mendapat tempat kedua apabila mengalahkan kontijen-kontijen lain tetapi tumpas pada pasukan Jogjakarta di peringkat akhir.Untuk pertandingan bowling pula kontijen Padang berjaya mengumpul sekitar 350 mata tetapi belum mencukupi bagi mengalahkan kontijen-kontijen dari kota-kota besar seperti Bandung,Jakarta dan juga Medan.

Amat disayangkan sekali kerana kontijen Padang tidak dapat menyertai ke semua 10 permainan yang dipertandingkan. Namun diharapkan pada tahun hadapan lebih ramai lagi atlet-atlet dari Padang dapat turut serta bagi merebut piala pusingan yang disandang oleh kontijen Bandung untuk tahun ini. Akhir kata "Majulah Sukan Untuk Negara".


Kontijen Padang Bandung Games 2010

"BANDUNG GAMES!!!"

"LUAR BIASA!!!"

"INDONESIA-MALAYSIA!!!"
"RAYA!!!"

Categories:

0 Response for the "Bandung Games 2010!!!"

Catat Ulasan