• logo pkpmi12

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
    Syukur kehadirat Illahi dengan limpah kurnianya blog PKPMI Cawangan Padang siap dibangun. Tujuan blog ini adalah sebagai wadah alternatif untuk memberi makluman dan juga infomasi kepada pelajar-pelajar Malaysia di Padang. Ini bagi memastikan pelajar-pelajar mendapatkan infomasi terkini mengenai persatuan dan juga hal-hal semasa. Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan atau kritikan yang boleh dibuat melalui kotak komen, Shoutbox atau boleh menghubungi kami secara langsung melalui e-mail, Facebook dan telefon. Sekian. Terima kasih dan selamat maju jaya.

Pada tanggal 25 Oktober 2010, Kepulauan Mentawai yang terletak pada sebelah barat Kota Padang telah dilanda tsunami berikutan gempa dengan magnitude 7.2 skala ritcher. Atas dasar perikemanusiaan dan keprihatinan, pihak Mercy Malaysia telah menghantar satu pasukan pertama dalam misi kemanusia ke Mentawai yang terdiri daripada En. Azam Ab. Samah dan Pn. Che Tah bt. Hanafi. Turut serta bersama adalah 5 orang pelajar perubatan Malaysia dari Universitas Andalas di sini yang bertindak sebagai sukarelawan iaitu Zubaidah Begum bt Abdul Haq (07) , Maryam bt. Dzulkifli (07) , Siti Nor Atikah bt Zahidi (05), Nuraini Amalina bt, Mujahid (05) dan NorAzreina bt Abd. Rahman (05).

Zubaidah,Maryam,NorAzreina, En. Azam, Pn. Che Tah, Nor Atikah dan Amalina.

Pasukan sukarelawan memulakan perjalan ke Kepulauan Mentawai pada hari Jumaat, 29 Oktober 2010 dengan menggunakan sebuah kapal yang disewa khusu untuk misi bantuan kemanusiaan ini. Perjalan yang seharusnya ditempuh selama 12 jam menjadi lebih panjang berikutan cuaca buruk yang melanda pada waktu yang sama hingga menyebabkan kami terpaksa berhenti dan berlindung di sebuah pulau buat sementara waktu. Hampir seluruh ahli pasukan sukarelawan mabuk laut dan terpaksa mengambil ubat anti-mabuk.

Kapal yang digunakan untuk misi bantuan kemanusiaan.

Kami tiba di Sikakap pada hari Sabtu, jam 6.10 petang dimana setiap pasukan sukarelawan harus melapor sebelum boleh memulai misi menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa tsunami. Mulai dari tanggal 30 Oktober - 6 November 2010 pasukan Mercy Malaysia dengan kerjasama pihak Mer-C Indonesia menghulurkan bantuan di bahagian selatan Kepulauan Mentawai. Sebanyak 4 buah desa telah dikunjungi iaitu Bulasat, Lakau, Mentei Kecil dan Sila Dinai.

Selain mengadakan Mobile Clinic, kami turut memberi bantuan makanan kepada 2 b uah desa yang terbabit. Berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu, pergerakan kami untuk ke desa yang lebih jauh terbatas. Pasukan Mercy Malaysia yang ke-2 selamat tiba di Sikakap untuk menyertai misi ini setelah terkandas di Kota Padang selama 3 hari.


Mobile Clinic

Untuk 3 hari berikutnya, pasukan menghulurkan bantuan kepada 2 buah desa di utara Kepulauan Mentawai sebelum berangkat pulang ke Kota Padang pada hari Rabu minggu berikutnya.


Keadaan di tempat pengunsian mangsa tsunami.

Selama kami di Kepulauan Mentawai kami tinggal di atas kapal dengan makanan yang disediakan sendiri oleh anak kapal. Bantuan-bantuan yang diberikan aadalah bantuan perubatan kepada desa-desa yang terjejas dan juga bantuan makanan dan minuman kerana keadaan di sana menyulitkan mangsa-mangsa untuk mendapatkan makanan dan minuman yang bersih. Suasana disana juga amat menyayat hati dimana keadaan rumah yang hanya tinggal tapak setelah dilanda tsunami. Ada mangsa yang terpaksa tinggal di dalam khemah dan ada mangsa yang masih trauma dengan kejadian ini.













Kemusnahan akibat tsunami.




Zubaidah Begum Abdul Haq
Naib Yang Di-Pertua
Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar
Malaysia di Indonesia
Sesi 2010/2011



P/S: Pihak PKPMI Caw. Padang serta semua pelajar Malaysia di Padang mengucapkan tahniah dan syabas kepada team MERCY Malaysia dan juga pelajar Malaysia yang telah turut serta dalam misi bantuan kemanusiaan ini. Semoga hal ini menjadi contoh kepada semua untuk terus bekerjasama dan bantu-membantu dalam segala hal selagi kita berdaya.

Categories:

0 Response for the "Tsunami Mentawai : Mercy Bersama Pelajar Malaysia turun padang"

Catat Ulasan