• logo pkpmi12

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
    Syukur kehadirat Illahi dengan limpah kurnianya blog PKPMI Cawangan Padang siap dibangun. Tujuan blog ini adalah sebagai wadah alternatif untuk memberi makluman dan juga infomasi kepada pelajar-pelajar Malaysia di Padang. Ini bagi memastikan pelajar-pelajar mendapatkan infomasi terkini mengenai persatuan dan juga hal-hal semasa. Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan atau kritikan yang boleh dibuat melalui kotak komen, Shoutbox atau boleh menghubungi kami secara langsung melalui e-mail, Facebook dan telefon. Sekian. Terima kasih dan selamat maju jaya.

Pesanan Mengenai isu Indonesia-Malaysia

Posted by PKPMI Caw. Padang On 10:45 PTG 0 ulasan



Berikut adalah pesanan yang diterima daripada Dato' Paduka Dr Junaidy, Pengarah JPMI mengenai isu Indonesia-Malaysia yang sedang hangat. Diharapakan semua pelajar dapat mengambil langkah berjaga-jaga dan jangan mudah terprovokasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.


Salam, saya mohon semua pelajar lebih berhati-hati kerana petang ini 3 orang penunjuk perasaan dari kumpulan Bendera telah ditangkap polis di depan Kedutaan. Mereka telah menguggut Kedutaan, bahawa mereka akan membuat sweeping kpd rakyat Malaysia bagi menuntut pembebasan rakan-rakan mereka. Jangan keluar seorang diri dan jauhi diri drp sebarang perhimpunan. Salam.
Dato' Dr Junaidy, Pengarah JPMI. Jak.

Salam, Saya minta seluruh mahasiswa Malaysia agar menghindari dan menjauhi kawasan Menteng, khususnya Jln Diponegoro. Kawasan tersebut telah dikenalpasti antara kawasan yang akan dilakukan sweeping rakyat Malaysia oleh kumpulan Bendera. Pelajar juga dinasihatkan keluar rumah berkumpulan dan segera hubungi saya atau pemimpin pelajar sekiranya diancam oleh mana-mana pihak. SEBARKAN.
Dato' Dr Junaidy, Pengarah JPMI.



Jika ada sebarang masalah boleh menghubungi:

Dato' Dr Junaidy (Pengarah JPMI) : +62 81808811111
En. Ludinata (Pegawai Kebajikan JPMI) : +62 87877999123
YDP PKPMI Padang : +62 81993368822

Categories:

0 Response for the "Pesanan Mengenai isu Indonesia-Malaysia"

Catat Ulasan