• logo pkpmi12

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
    Syukur kehadirat Illahi dengan limpah kurnianya blog PKPMI Cawangan Padang siap dibangun. Tujuan blog ini adalah sebagai wadah alternatif untuk memberi makluman dan juga infomasi kepada pelajar-pelajar Malaysia di Padang. Ini bagi memastikan pelajar-pelajar mendapatkan infomasi terkini mengenai persatuan dan juga hal-hal semasa. Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan atau kritikan yang boleh dibuat melalui kotak komen, Shoutbox atau boleh menghubungi kami secara langsung melalui e-mail, Facebook dan telefon. Sekian. Terima kasih dan selamat maju jaya.

REGISTRASI ULANG 2010/2011

Posted by PKPMI Caw. Padang On 4:33 PTG 0 ulasan



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Registrasi ulang seperti tertera diatas sudah dapat dilakukan mengikut tarikh yg telah ditetapkan....

disini disertakan beberapa cara untuk membuat pembayaran sendiri:-

1. Bayar tunai (cash) - bayaran boleh dibuat dimana-mana cawangan bank BNI berhampiran. Sila simpan bukti pembayaran (resit) tersebut utk dibawa ke UNAND atas (main campus)dan ke bahagian kewangan lantai 2 utk berjumpa dengan ibu ZILFA EFNOM utk membuat surat bukti pembayaran. Bayaran tunai boleh dibuat dalam Rupiah/USD...

2. bank in money - boleh dibuat dalam Rupiah dan ditukar dalam USD semasa proses transfer. simpan resit utk membuat surat bukti pembayaran.

3. Bank Draft - dibawa ke bahagian kewangan UNAND atas dalam bentuk bank draft yang asli. bayaran tambahan dikenakan sebanyak 15 USD (dibayar dalam rupiah) di BANK BNI UNAND atas dan resit dibawa bersama-sama bank draft untuk dibuat surat bukti pembayaran di bahagian kewangan Unand atas...

4. Telegraphic transfer (TT) - menggunakan bank dari Malaysia (Affin, CIMB, Public dll). resit boleh yang bukan asli (contoh; diskan dari Malaysia dan diprint di indonesia)dan dibawa ke BNI UNAND atas dan dikenakan bayaran tambahan (lebih kurang 50k-100k Rp.) dan resit dibawa ke bahagian kewangan utk dibuat surat bukti pembayaran.. ini disertakan contoh menggunakan TT..



**sila save/download gambar jika tidak jelas

NAMA PENERIMA: PENAMPUNG MAHASISWA ASING KEDOKTERAN UNAND
BANK PENERIMA: BANK BNI
ALAMAT PENERIMA: CAWANGAN IMAM BONJOL, PADANG, SUMATERA BARAT, INDONESIA
NO. AKAUN: 142735738

sebarang kesilapan dan kesalahan sila dikomen dan sebarang pendapat sila diajukan...
sekian, terima kasih...

Categories:

0 Response for the "REGISTRASI ULANG 2010/2011"

Catat Ulasan