• logo pkpmi12

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
    Syukur kehadirat Illahi dengan limpah kurnianya blog PKPMI Cawangan Padang siap dibangun. Tujuan blog ini adalah sebagai wadah alternatif untuk memberi makluman dan juga infomasi kepada pelajar-pelajar Malaysia di Padang. Ini bagi memastikan pelajar-pelajar mendapatkan infomasi terkini mengenai persatuan dan juga hal-hal semasa. Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan atau kritikan yang boleh dibuat melalui kotak komen, Shoutbox atau boleh menghubungi kami secara langsung melalui e-mail, Facebook dan telefon. Sekian. Terima kasih dan selamat maju jaya.

MERCY OR NO MERCY??!!

Posted by PKPMI Caw. Padang On 1:24 PTG 0 ulasan



Pada tanggal 22/5/210 yg lalu, bertempat di Nagoya, satu sesi perbincangan dan penyuluhan telah diadakan oleh pihak MERCY Malaysia yang merupakan satu badan pertubuhan Malaysia (NGO). Ia bertujuan untuk mendedahkan para mahasiswa mengenai MERCY Malaysia sendiri dari segi misi, visi dan pencapaian pihak MERCY Malaysia yang telah jalankan dan juga untuk mendedahkan kelebihan menjadi anggota MERCY Malaysia sendiri.

Sesi ini dirasmikan dengan ucapan dari Pn. Norlin Othman selaku Konsulat Jeneral Malaysia di Medan yang kemudiannya disambung oleh En. Zairul Shalifuddin Zainal Abidin selaku Direktor Eksekutif MERCY Malaysia yang menceritakan mengenai MERCY Malaysia secara holistik dari sejarah penubuhan sehingga pencapaian yang pihak MERCY Malaysia telah lakukan dan sedikit sebanyak pengalaman sepanjang beliau berkhidmat sebagai anggota MERCY Malaysia.

Selanjutnya sesi ini diteruskan oleh En. Norazman juga anggota dari MERCY Malaysia sendiri. Beliau mengemukakan strategi-strategi dan persediaan yang terbaik bagi mahasiswa dalam menghadapi gempa dan tsunami dari segi peralatan, tempat berkumpul, persediaan fisikal dan mental. Beliau turut berkongsi pengalaman beliau sepanjang menjadi anggota MERCY Malaysia.

Pihak MERCY Malaysia turut mengalu-alukan jika para mahasiswa dapat turut serta menjadi sukarelawan MERCY Malaysia setelah tamat belajar.

**Sebarang pendapat dan komen sila tujukan ke blog ini atau ke:-
1. Group Facebook: PKPMI CAWANGAN PADANG 2010/2011
2. Group Facebook: MERCY MALAYSIA

Sekian, terima kasih...

Categories:

0 Response for the "MERCY OR NO MERCY??!!"

Catat Ulasan