• logo pkpmi12

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
    Syukur kehadirat Illahi dengan limpah kurnianya blog PKPMI Cawangan Padang siap dibangun. Tujuan blog ini adalah sebagai wadah alternatif untuk memberi makluman dan juga infomasi kepada pelajar-pelajar Malaysia di Padang. Ini bagi memastikan pelajar-pelajar mendapatkan infomasi terkini mengenai persatuan dan juga hal-hal semasa. Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan atau kritikan yang boleh dibuat melalui kotak komen, Shoutbox atau boleh menghubungi kami secara langsung melalui e-mail, Facebook dan telefon. Sekian. Terima kasih dan selamat maju jaya.

Selamat Hari Deepavali

Posted by PKPMI Caw. Padang On 12:48 PG 0 ulasan


Kami dari PKPMI Padang ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh pelajar Malaysia di Padang, Indonesia terutamanya kepada mereka yang beragama Hindu. Kami berharap saudara dan saudari akan menyambut hari yang penuh bermakna ini bersama seluruh ahli keluarga anda di Malaysia ataupun bersama keluarga PKPMI. Semoga cahaya yang melambangkan Perayaan Deepavali ini akan turut menyinari nilai-nilai yang mengukuhkan perhubungan dan kebersatuan kita semua.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Deepavali meraikan kemenangan unsur-unsur kebaikan mengatasi unsur-unsur kejahatan. Adalah menjadi harapan kami agar sinar yang muncul dari kegelapan akan memberi lebih semangat untuk kita menghadapi segala cabaran yang akan datang dengan penuh keyakinan dan kekuatan bagi mencapai harapan dan impian kita.

Marila kita berganding bahu, menggandakan usaha dan melangkah maju ke hadapan dengan satu matlamat tanpa mengira bangsa dan agama untuk melahirkan Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Selamat Hari Deepavali.

Categories:

0 Response for the "Selamat Hari Deepavali"

Catat Ulasan