• logo pkpmi12

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
    Syukur kehadirat Illahi dengan limpah kurnianya blog PKPMI Cawangan Padang siap dibangun. Tujuan blog ini adalah sebagai wadah alternatif untuk memberi makluman dan juga infomasi kepada pelajar-pelajar Malaysia di Padang. Ini bagi memastikan pelajar-pelajar mendapatkan infomasi terkini mengenai persatuan dan juga hal-hal semasa. Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan atau kritikan yang boleh dibuat melalui kotak komen, Shoutbox atau boleh menghubungi kami secara langsung melalui e-mail, Facebook dan telefon. Sekian. Terima kasih dan selamat maju jaya.

Pada 11 Julai 2011 telah diadakan Majlis Makan Malam Bersama pelajar-pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS). Rombongan dari UMS ke Padang ini mempunyai beberapa objektif. Antaranya ialah:

1. Mendedahkan budaya kehidupan akademik mahasiwa dalam bidang pendidikan universiti luar negara dan menganalisis perbezaaan silibus dan kandungan ilmu pengetahuan mahasiswa.

2. Mengadakan rundingan program mobiliti mahasiswa antara dua universiti bagi membolehkan mobiliti mahasiswa bidang pendidikan penguruan antara dua negara dapat dilakukan pada masa depan melalui persetujuan yang dicapai dalam program ini.

3. Melahirkan modal insan yang setara dengan kualiti antarabangsa di samping memupuk sifat jati diri untuk misi kemanusiaan sejagat.

4. Mengeratkan hubungan antara mahasiswa dengan pensyarah serta hubungan antara UMS dan Universitas Negeri Padang (UNP) dan juga Universitas Andalas.

Rombongan ini disertai oleh 19 mahasiswa dan seorang pensyarah, En. Muhamad Suhaimi Taat.












Melalui majlis ini, kami telah banyak mendapat kawan baru, informasi dan juga masukan mengenai istiadat dan adat budaya Sabah dan juga Sarawak. Terima kasih kawan-kawan UMS!



Categories:

1 Response for the "Majlis Makan Malam bersama Mahasiswa dari Universiti Malaysia Sabah"

  1. chu chu.. ni embedded comment box.. u try tukar jadi pop up comment box..

Catat Ulasan