• logo pkpmi12

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
    Syukur kehadirat Illahi dengan limpah kurnianya blog PKPMI Cawangan Padang siap dibangun. Tujuan blog ini adalah sebagai wadah alternatif untuk memberi makluman dan juga infomasi kepada pelajar-pelajar Malaysia di Padang. Ini bagi memastikan pelajar-pelajar mendapatkan infomasi terkini mengenai persatuan dan juga hal-hal semasa. Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan atau kritikan yang boleh dibuat melalui kotak komen, Shoutbox atau boleh menghubungi kami secara langsung melalui e-mail, Facebook dan telefon. Sekian. Terima kasih dan selamat maju jaya.

Minggu Suai Kenal (MSK) Tahun 2012

Posted by PKPMI Caw. Padang On 7:03 PG 1 ulasan

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat illahi kerana program MSK pada tahun ini iaitu pada tanggal 13-14 Oktober 2012 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada ajk yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Sebagai pendahuluan, admin ingin berkongsi serba sedikit mengenai MSK ini. Minggu Suai Kenal (MSK) adalah merupakan program tahunan yang dilakukan pada setiap tahun bagi pelajar baru yang datang ke Padang, Indonesia.Sesuai dengan nama MSK, adalah dimana semua pelajar baru yang datang ke Padang akan diberikan keterangan, informasi dan hal-hal yang berkaitan selama proses pembelajaran mahupun segala proses yang perlu mereka lakukan selama berada di Padang dan menjadi mahasiswa di Fakultas Kedokteran, Universitas Andalas (UNAND), Padang, Indonesia.

Minggu Suai Kenal (MSK) ini adalah salah satu aktiviti PKPMI CP yang bertujuan untuk mempersiapkan mahasiswa dengan lingkungan di Padang dan salah satu tujuan MSK adalah untuk memberi pendedahan dan penanganan apabila terjadi perkara yang tidak diingini. Selain itu pelajar baru akan diberi pengetahuan tentang dokumen dan masalah terkait dengan imigrasi di Padang agar mahasiswa dapat menyelesaikan masalah tanpa menyusahkan banyak pihak.








Junior-junior baru. Hanya 4 orang sahaja. :(


Ketua program MSK, abang Yeap Chen Pan




Antara senior yang sudi datang.



Salah satu aktiviti yang dijalankan iaitu "Portion Juice"



  Nama samaran yang diberikan oleh senior kepada junior. Salah satunya adalah " Opthalmomania". Maksud? Sila 'google' sendiri. 





"Vroom- vroomm....." Salah satu cabaran yang diberikan kepada junior. 

Hari Kedua


 




 


Games Baling Tepung dan Balloon.









Taklimat tentang stimulasi gempa diberikan oleh abang Firdaus dan abang Ekhwan.








Acara merungkai kasih. Diketuai oleh Kak Syarmira dan Kak Arlinie.





Anugerah Senior Paling Sporting. Abang Justin.


Anugerah Senior Paling Garang. Abang Gunaseelan.


Anugerah Junior Terbaik. Satia Bama.


Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program MSK ini dan kepada junior-junior yang dikasihi, diharap mensia-siakan ilmu yang diberikan oleh abang-abang dan kakak-kakak senior. Sanggup meluangkan masa untuk datang bersama-sama menjayakan program MSK. Yang baik dijadikan amalan, yang buruk dijadikan sebagai iktibar. 

Kepada junior,

"Welcome to our family"














Categories:

1 Response for the "Minggu Suai Kenal (MSK) Tahun 2012"

  1. alaaa.. takde yang cun ke? kah3

Catat Ulasan