• logo pkpmi12

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
    Syukur kehadirat Illahi dengan limpah kurnianya blog PKPMI Cawangan Padang siap dibangun. Tujuan blog ini adalah sebagai wadah alternatif untuk memberi makluman dan juga infomasi kepada pelajar-pelajar Malaysia di Padang. Ini bagi memastikan pelajar-pelajar mendapatkan infomasi terkini mengenai persatuan dan juga hal-hal semasa. Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan atau kritikan yang boleh dibuat melalui kotak komen, Shoutbox atau boleh menghubungi kami secara langsung melalui e-mail, Facebook dan telefon. Sekian. Terima kasih dan selamat maju jaya.

Mount Merapi Expedition 2011

Posted by PKPMI Caw. Padang On 12:27 PG 0 ulasan

Pada 11 Juni 2011- 12 Juni 2011 telah diadakan aktivitas mendaki Gunung Merapi. Gunung Merapi ini diplih kerana menurut rakan- rakan yang pernah mendaki gunung, mereka berpendapat gunung Merapi wajar menjadi gunung yang pertama yang didaki oleh pendaki- pendaki yang beginner yang baru berjinak- jinak dalam kegiatan ini. Ini kerana , gunung ini tidak terlalu curam dan sering dilalui oleh para pendaki menyebabkan ianya mempunyai banyak denai yang memudahkan acara pendakian.



Kegiatan kali ini telah mencipta sejarah tersendiri di mana ianya menjadi pendakian sulung mahasiswa Malaysia di Indonesia. Acara ini yang merupakan kerjasama antara UMNO Padang dan PKPMI Padang dibuka untuk semua pelajar baik lelaki mahupun perempuan. Tujuan dari acara ini dilaksanakan adalah untuk menguatkan stamina dan fizikal para pelajar selain dari merapatkan hubungan sesama sendiri.

Usaha yang cuba dilakukan Kelab UMNO Padang dan PKPMI Padang adalah bagi mendapatkan pengalaman baru yang tidak ternilai dan juga mengeksplorasi kepelbagaian flora dan fauna selain keunikan geografi Sumatera Barat umumnya. Di antara pengisian / aktiviti-aktiviti dalam program tersebut ialah :

  • Memperkenal dan mempromosikan aktiviti mendaki dalam kalangan pelajar
  • Melihat panorama indah sunrise di puncak gunung
  • Mengeksplorasi diversiti flora dan fauna yang terdapat di alam sekitar
Selain itu terdapat juga beberapa sahabat-sahabat Forum Studi Kedokteran Islam (FSKI) yang pernah mendaki gunung tersebut telah turut berpartisipasi dan berkongsi pengalaman mereka.


Program yang julung-julung kali diadakan ini bertemakan ” Discover the beauty of nature,endure the challenge, live the passion”. Program kali ini membuatkan agar para pelajar Malaysia dapat menikmati keindahan dan merasakan cabaran yang baru dalam kehidupan.


Categories:

0 Response for the "Mount Merapi Expedition 2011"

Catat Ulasan