• logo pkpmi12

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
    Syukur kehadirat Illahi dengan limpah kurnianya blog PKPMI Cawangan Padang siap dibangun. Tujuan blog ini adalah sebagai wadah alternatif untuk memberi makluman dan juga infomasi kepada pelajar-pelajar Malaysia di Padang. Ini bagi memastikan pelajar-pelajar mendapatkan infomasi terkini mengenai persatuan dan juga hal-hal semasa. Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan atau kritikan yang boleh dibuat melalui kotak komen, Shoutbox atau boleh menghubungi kami secara langsung melalui e-mail, Facebook dan telefon. Sekian. Terima kasih dan selamat maju jaya.

DALAM KENANGAN

Posted by PKPMI Caw. Padang On 1:59 PTG 0 ulasan

Takziah diucapkan buat keluarga Dr. Subramaniam diatas pemergian anak beliau yang merupakan salah seorang pelajar Malaysia di Padang. Beliau adalah Yagneswaran S. Subramaniam angkatan tahun 2005 yang ketika itu sedang menjalani latihan di Rumah Sakit M. Djamil telah meninggal dunia akibat kecelakaan jalan raya, arwah menaiki motor ketika itu.

Arwah telah disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir di kampus kedokteran Unand sebelum dibawa ke Malaysia untuk upacara pengebumian. Upacara sembahyang bersama ibu bapa beliau turut diadakan di bekas rumah tempat beliau sewa pada 4 March yang lalu.

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Pembantu Dekan kita yang telah banyak membantu dari segi kewangan, kemudahan dan lain-lainnya.

May his rest in peace...

Categories:

0 Response for the "DALAM KENANGAN"

Catat Ulasan