• logo pkpmi12

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
    Syukur kehadirat Illahi dengan limpah kurnianya blog PKPMI Cawangan Padang siap dibangun. Tujuan blog ini adalah sebagai wadah alternatif untuk memberi makluman dan juga infomasi kepada pelajar-pelajar Malaysia di Padang. Ini bagi memastikan pelajar-pelajar mendapatkan infomasi terkini mengenai persatuan dan juga hal-hal semasa. Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan atau kritikan yang boleh dibuat melalui kotak komen, Shoutbox atau boleh menghubungi kami secara langsung melalui e-mail, Facebook dan telefon. Sekian. Terima kasih dan selamat maju jaya.

TIPS!!! persediaan Gempa...

Posted by PKPMI Caw. Padang On 11:14 PTG 0 ulasan

OK ini nak kongsi sikit tips2 persediaan utk gempa yg menggugat nyawa anda sekalian...

SEMASA GEMPA SEDANG BERSIARAN LANGSUNG
semasa gempa takkan nak dok lepak goyang kaki pulakkan... so tips ni tergantung semasa korang ade kat mane la (toilet plg bahaya) time gempa sedang bersiaran secara live...

1. Dalam Bangunan - ni tergantung populasi org kat situ.. kalau siket korang paham2 jela gunakan kekuatan yg ada utk lari seribu langkah... TAPI carefull!!! jgn men lari je lgr dinding/tingkap kang susah.. so sambil lari tgk2 la siling atap tuh supaya kalau jatuh boleh main elak2 cam dlm game.. dah berjaya keluar cari tempat lapang n buat ape la korg nak buat.. aku sarankan doa la byk2 taubat byk2 OK!

2. masih dalam bangunan lagi tapi ramai org contohnya dlm Ramayana ke, hotel ke, mane2 la tempat org plg ramai abiskan masa window shopping... time ni kalau korang jauh dari pintu keluar cari la tempat utk berlindung dari kene hempap contohnya bawah kerusi/meja.. jgn bawah kain org pulak lain jadinye... agak2 gempa dah reda bolela korg sambung shopping (ade berani???).. bolela cari jalan keluar (kalau ade lagila)....

3. Sedang menyetir kenderaan - time ni kalau korg pakai motor dinasihatkan utk turun dari motor anda di tempat yg agak2 selamat... jgn pandai2 nak buat lagak ngeri pulak x pasal2 masuk RS... kalau pakai kereta xpe kot bole lepak dlm kereta pasang aircon kuat2 bg sejuk sket (khas utk Faizal)....

4. Dalam rumah - kalau tgh tdo bangunla xkan nak sambung tdo pulak.. bagi yang senang terjaga ingat2la orang belakang jgn pentingkan diri kesian kat member yg tdo dengan penuh khusyuk dibuai mimpi yg enak... pastikan pintu korang pakai lock yang simple (selak) so senang sket xdela susah2 nak cari kunci tah kemana kne makan kucing ke, tercicir kat mane2 ke kan...

5. Dalam toilet - hah ni satu hal.. time nak melabur saham jugakla nak gempa kan... kang tercicir buat malu je kan.. jangan cuak rilek2 ade solusinya... pastikan korg sediakan kain, tuala or ape2 yang boleh menutup "barang peribadi" anda setiap kali masuk toilet (kalau nak BAK xpe kot).... so kalau berlaku gempa senang nak lari... jangan tertinggal kain penutup dah la...

hurm... rasenye mungkin ni je situasi2 yang biasa berlaku... so kalau korang rase ade idea2 yang lebih bernas sila-silalah kemukakan jangan malu2...

BARANG2 PERSEDIAAN MENGHADAPI GEMPA

1. Passport (paling penting woo nanti xleh balik kampung nanti nyesal x sudah)
2. Dokumen-dokumen penting (contohnya; surat2 bayaran yuran setiap semester dll)
3. Air botol (air kosong sudah...)
4. makanan (biskut, mi sedap dll & pastikan belum expired)
5. torchlight (besar gedabak lagi bagus & make sure ade baterila kalau xde baik x payah)
6. pakaian (sehelai dua dahla jgn lupa yg bagian dlm eh paling penting tuh)
7. ubat2 emergency (panadol, oralit, chi-kit teck aun pon boleh je + first aid utk yang adela)
8. duit (ni penting woo.. nak beli makanan nanti)
9. Handphone

ni jela rasenye kalau ade yang nak tambah silakan jangan malu2 buat macam rumah sendiri...
PASTIKAN BARANG2 TERSENARAI DIATAS korang dah siap sediakan dalam satu beg... so bila gempa kuat je korang boleh terus angkat beg tuh n cau cincau sepantas kilat... make sure beg ni secure dari pencuri... DAN pastikan sebelum korang meninggalkan rumah kos tercinta, kuuncila dulu... time nila byk penyamun ambik kesempatan...

OK, stakat ni jela saya nak kongsi... kalau ade ape2 pendapat bolehla kita kongsi bersama.. sharing is caring~~

Categories:

0 Response for the "TIPS!!! persediaan Gempa..."

Catat Ulasan